Saturday 7 February 2015


Pasukan Badminton telah menyertai Kejohanan Badminton MSSD Kota Bharu pada 5 - 8 Februari 2015. 3 daripada 6 orang pelajar yang terpilih telah layak ke suku akhir .Tahniah diucapkan...


SK Beta Hulu telah menyertai Perlawanan Bola Baling peringkat QIT Pangkal Kalong yang diadakan pada 3 dan 4 Februari 2015.
Tahniah kepada pasukan Bola Baling Perempuan kerana berjaya mengekalkan kejuaraan sekaligus layak ke peringkat MSSD yang akan diadakan pada 16 Februari 2015 di SMK Padang Kala.
Pasukan Bola Baling  Lelaki pula berjaya merangkul gelaran Naib Johan. Mereka menunjukkan peningkatan yang baik kerana pada tahun lepas mereka hanya berada di tempat ke 4.
Semoga berjaya di ucapkan kepada pasukan untuk MSSD...

Pasukan Ping Pong SK Beta Hulu telah menjuarai Pertandingan Ping Pong QIT Pangkal Kalong bagi kategori perseorangan.Naain Nazmi bin Radduain dan Mohd Amirul layak ke peringkat MSSD mewakili QIT Pangkal Kalong.